Powered by Blogger.
RSS

Ultras Malaya!!!

Sejak Malaysia menang AFF Suzuki kat Indonesia baru2 nie, ramai yg mula menyebut nama Ultras Malaya...Apa Ultras Malaya 2 sebenornyer??(Bak kate orang Perak)..Untuk pengetahuan korg sumer, aq memang fanatik dengan bola nie, xkira la Liga Super or Liga UEFA..Tp yg menjadi keutamaan aku adalah Pasukan Malaysia, Johor Fc & juga Johor (anak JATI)...Memang ramai yang memperlekehkan sikap aku yang selalu g stadium tengok game2 bola, tp last2 team yang aku tengok 2 kalah (xder nasib kowt)...Tapi bagi aku sebagai peminat setia pasukan kesayangan kita,kita perlu ada setiap kali pasukan menang atau kalah...Jangan bila menang baru pergi stadium, tapi bila kalah terus menyalahkan pasukan..
Sambung lek cter sal Ultras Malaya nie, dorg ditubuhkan pada tahun 2007 oleh peminat2 tegar bola sepak (majotiti budak2 muda) yang bagi aku memiliki rasa cinta kepada pasukan negara yang sungguh tinggi..Mereka ini akan turun ke stadium dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan bola sepak negara setiap kali beraksi (Sebagai pemain ke 12)..Apakah kena mengena aku dengan Ultras Malaya nie..?Aku merupakan antara ahli2 yang boleh dikatakan aktif juga la...Aku pon dah banyak kali join dorg pergi ke stadium setiap kali pasukan negara beraksi..Apa yang UM nie buat semasa di dalam stadium memang menaikkan semangat para pemain, aku raser kalau aku yg jadi pemain pun akan raser camtu gak!!Aku memang puji dorg nie sumer coz leh berdiri selama 90 minit tanpa duduk dan dengan semangat yang tinggi, mereka bukan hanya penyokong yg hanya pandai mengutuk pasukan dengan hanya makan kuaci dan memaki player2 tanpa mengenal erti apa itu penyokong sejati..
Untungnya menjadi UM ini adalah kerana semua dianggap bersaudara,tidak kira daripada negeri mana sekalipun..So,korg yg baru nk join tu, x usah risau la coz xkan berasa bosan dan malu2 tenok..
Kalau nk dapat aper2 info,sila pergi ke laman web dorg la coz lebih detail..Hahaha....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

ArulAnuar11 said...

oit!! klu ye pown, bagilaa link UM tu hape..ape da..laman web Ultras Malaya bagi la siap2..huh potong spoil la nk bace..;p

zul azhari said...

http://www.facebook.com/home.php#!/group.php?gid=56450583179&v=info

Post a Comment